MISKIN SELEPAS BERSARA

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP, anggaran penyimpanan caruman oleh ahli-ahli selepas bersara hanyalah RM100K sahaja. Dan kalau dikira hayat jika selepas bersara pencarum hidup selama 10 tahun beliau boleh menggunakan pendapatan dalam angka RM800.00 SEBULAN SAHAJA!

Kalau dilihat jumlah ini memang tidak mencukupi lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan terutamanya belanja perubatan yang makin meningkat. Nampaknya KWSP sedang mencari jalan terbaik untuk meningkatkan caruman. Walaubagaimanapun bagi pencarum KWSP diingatkan agar tidak terlalu bergantung harap pada simpanan KWSP pada hari tua.

Mereka perlu lebih bijak mengawal perbelanjaan ketika masih berupaya melakukan kerja-kerja.. Dengan penggunaan 2 akaun sahaja berbanding 3 akaun sebelum ini memberikan lebihan untuk simpanan di hari tua. Selain itu dengan kelonggaran KWSP sepatutnya pencarum menggunakan untuk perkara yang penting sahaja dan seeloknya elakkan dari mengeluarkan caruman sebelum waktunya.

Berikut merupakan beberapa FAKTA yang harus kita fikir-fikirkan :

Miskin selepas pencen
Hanya 36 % rancang persaraan
Kerja Semula Selepas Bersara

Kalau dilihat fakta-fakta tersebut kita perhatikan bahawa perancangan kewangan untuk masa tua rakyat Malaysia masih di tahap rendah dan ianya perlu diperbaiki. Bagi pekerja Kerajaan mungkin akan menggunakan skim pencen sebagai jaminan di hari persaraan namun simpanan perlu dilakukan. Manakala bagi pekerja sektor swasta yang kebanyakan bergantung dengan KWSP untuk kegunaan persaraan perlu lebih bijak mengawal kewangan.

Pembelian aset dan pelaburan ketika waktu muda juga amat penting bagi mengurangkan risiko hidup melarat pada hari-hari persaraan.

Bagaimana pula dengan anda?

Adakah anda sudah bersedia dengan wang untuk hari persaraan anda?

Jika jawapan anda “TIDAK”, buatlah persediaan dari sekarang

Ingin tahu caranya?

Sila hubungi saya.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: