AmCash dapat sambutan

BERAKHIRNYA Karnival Futsal Harian Metro Zon Utara kelmarin membawa satu lagi kejayaan buat penaja utama, Kumpulan AmBank mendekati masyarakat terutamanya remaja.

Pengurus Penasihat Kewangan Wilayah 1 Utara, Khairul Anuar Ahmad berkata, pihaknya amat gembira apabila gerai kumpulan AmBank mendapat sambutan dan menjadi tumpuan pengunjung sepanjang dua hari Karnival Futsal Harian Metro Zon Utara di Safira Sports Planet, Seberang Prai.
“Saya tidak sangka gerai kami juga menjadi tumpuan pengunjung dan peserta terutamanya remaja. Ini satu petanda yang baik kerana kami menawarkan produk kewangan yang sangat baik buat remaja,” kata Khairul Anuar.
Katanya, antara produk yang menjadi tumpuan adalah produk simpanan AmCash Guarentee2it.

AmCash bukan hanya menjadi hab simpanan pelanggan AmBank malah ia lebih menguntungkan kerana berperanan sebagai skim simpanan masa depan kedua selepas KWSP.

Menerusi skim simpanan AmCash, pelanggan dijamin meraih pulangan dividen lapan hingga 10 peratus daripada simpanan, setiap tiga tahun.

Selain itu, Khairul berkata, produk insurans nyawa Am Insurans juga mendapat sambutan apabila lebih 200 pengunjung karnival menyatakan minat mereka.

“Lebih mengejutkan apabila yang bertanyakan mengenai produk insurans adalah kalangan remaja. Mereka berminat untuk membeli insurans nyawa. Kami amat gembira melihat kesedaran di kalangan remaja kita tentang kepentingan insurans sudah meningkat,” kata Khairul Anuar.
Gerai jualan kumpulan AmBank juga mendapat sambutan apabila pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah berbentuk barangan ekslusif kumpulan AmBank.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: