YANG PEDAS ITU SEDAP

Saya dah ada insurans…
Saya dah banyak simpan duit…
Inilah selalu kita hadapi… selalu kita dengar… saya cuma senyum… – customer is always right!
antaranya…

1) Saya dah ada insurance.. syarikat suami saya dah cover medical utk satu family kami…
2) Syarikat saya dah cover kami semua satu keluarga…
3) Saya dah simpan duit utk anak2 kat tabung haji utk mereka belajar (potongan gaji tiap2 bulan)
4) Saya dah simpan FIXED deposit utk persediaan hari tua.
5) Saya dah simpan ASB. Banyak dah bila tua nanti.
6) Kan ada KWSP… oklah tu…
7) Saya dah ada insurans

Jawapan saya… (mungkin pedas tetapi hakikat yang perlu kita terima)

1) Syarikat suami saya dah cover medical utk satu family kami…
Terjamin ke? kalau suami kena buang kerja macam mana? kalau suami hilang upaya utk kerja macam mana? syarikat tanggung lagi ke? tu kira ok lagi.. kalau suami tinggalkan anda macam mana? mintak simpanglahkan… kalau satus menjadi ‘janda’ insuransce syarikat suami cover lagi ke anda & anak2? Kalau kejadian ni berlaku masa anda masih sihat n masih muda tak pe. Kalau masa tu umur anda dah 40 tahun, disahkan ada penyakit itu dan ini.. masa tu nak beli insurans.. perghh dah lah mahal… tapi kalau mampu pun.. ada ke syarikat insurans nak ambil risiko bila kita dah ada penyakit?

2) Syarikat saya dah cover kami semua satu keluarga…
Kekal ke anda kerja di sana? kalau swasta.. katalah tetiba anda sakit terlentang dah tak boleh kerja lagi, mereka tanggung lagi ke insurans anda sekeluarga?

3) Saya dah simpan duit utk anak2 kat tabung haji utk mereka belajar (potongan gaji tiap2 bulan)
Bagus… sangat bagus… tapi kalau tetiba anda sakit n tak kerja…boleh simpan lagi ke tiap2 bulan. Kalau simpan RM100 sebulan, kalau simpan 10 tahun dah ada RM12000. Oklah tu.. Tapi sempat ke kita simpan 10 tahun. Kalau jadi apa2 kat kita anak2 macam mana? Dah lah tak boleh simpan dah duit.. for sure duit ni akan digunakan utk anak2 belanja.. RM12000 tu lama mana sangat boleh guna?

4) Saya dah simpan FIXED deposit utk persediaan hari tua.

5) Saya dah simpan ASB. Banyak dah bila tua nanti.
Untuk soalan no 4 & 5 saya akan kata bagus… bagus… tapi sempat tua ke? kalau diistihar sakit n perlu dibedah… tak keluarkan ke duit ni utk bedah kita. Cukup ke duit tu utk rawatan susulan lagi… belanja makan lagi.. nak bayar hutang2 lagi.. sekolah lagi.. macam tadilah.. kalau sempat simpan berpuluh tahun kira oklah.. tapi kalau just simpan baru 5 tahun… cukup ke?

6) Kan ada KWSP… oklah tu…

Nak buat permohonan keluarkan wang utk pembedahan penyakit kritikal… skejab ke? hari ni mintak esok boleh dapat ke? kalau dah tenat, boleh tunggu ke? sedangkan ada syarikat yg menawarkan kad medical / perlindungan penyakit kritikal yg tak perlu anda tunggu2 lagi, tunjuk kad boleh terus bedah…

7) lagi best.., saya dah ada insurans dah…
Bila tanya apa yg syarikat insurans cover anda, anda tahu ke? Lepas tu… ada kes.. simpan RM162 sebulan… tempoh matang 20 tahun. Pulangan dalam RM20,000. Tiap2 3 tahun dapat bonus… dapat RM1500. Best oo… banyak gaks pulangan tu kan…. Tapi cuba tengok bahagian perlindungan.. apa dia lindungi anda? tengok2 cuma Life
RM15,000, penyakit kritikal RM15,000 dan kemalangan RM15,000. Baguslah dari tak der kan… tapi nak tanya.. kalau kena brest kanser… nak operate… RM15,000 cukup ker? Acu cuba tanya hospital berapa kos?

Fikir… tenung.. banyak pilihan… biar pilihan anda tepat… biar pilihan anda memuaskan hati… beli insurans yg memenuhi kehendak anda.. bukan memenuhi kehendak agen.. beritahu apa yang anda mahu….

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: